Filipina enggan bebaskan tahanan komunis

by Oh! Semput


4
SHARES
56
VIEWS
Posted on 14 Dec 2016 02:00:19

Manila: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkata, dia menolak permintaan pemberontak komunis yang mahu lebih banyak pengikut mereka dibebaskan sebagai syarat rundingan damai.

Duterte menegaskan bahawa, dia sudah cukup bertolak ansur dan sanggup membiarkan rundingan damai gagal jika perlu.

“Saya mahu rundingan dimulakan tetapi mereka mahu lebih 130 lagi pengikut mereka dibebaskan, jadi saya memberitahu mereka tidak boleh.

“Saya sudah banyak beralah dan kini terpulang kepada mereka sekiranya mahu menamatkan rundingan. Saya sudah bebaskan ketua mereka, apa lagi mereka mahu,” katanya di sini, semalam.

Pihak berkuasa Filipina Manila dan sayap bersenjata komunis, Tentera Rakyat Baru (NPA) cuba mengadakan rundingan damai sejak beberapa dekad lalu, tetapi semuanya berakhir dengan kegagalan.

Sejak berkuasa Jun lalu, Duterte membebaskan lebih 20 pemimpin dan pengikut kumpulan itu yang dianggap satu kemajuan dalam rundingan damai.

Bagaimanapun, kumpulan pemberontak itu mendesak lebih 130 lagi pengikut mereka dibebaskan.

Parti Komunis Filipina itu aktif di selatan negara berkenaan dan pemberontakan selama hampir lima dekad mereka meragut kira-kira 40,000 nyawa. – Reuters


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts