Gambar Gempa Bumi Aceh, Setakat ini 25 Disahkan Korban

by Oh! Semput


21
SHARES
272
VIEWS
Posted on 07 Dec 2016 14:00:19

ACEH: Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh termasuk kanak-kanak dan berpuluh-puluh mangsa lagi terperangkap apabila gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter menggegarkan Banda Aceh pada awal pagi Rabu.

Kejadian tersebut turut menyebabkan berpuluh-puluh bangunan runtuh dan sejumlah penduduk dilaporkan cedera, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa Bumi Aceh

Penduduk Aceh melihat kerosakan berpuluh-puluh bangunan yang roboh akibat gempa kuat di Ulu Glee, Pidie Jaya pada 7 Disember 2016. – REUTERS

Penduduk Aceh melihat kerosakan berpuluh-puluh bangunan yang roboh akibat gempa kuat di Ulu Glee, Pidie Jaya pada 7 Disember 2016. – REUTERS
Pegawai daerah tempatan, Apriadi Achmad berkata, ramai mangsa terperangkap apabila deretan kedai dan rumah runtuh akibat gempa terbabit di daerah Pidie Jaya.

“Jentera berat telah dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap,” katanya.
Sementara itu, pegawai Agensi Pengurus Bencana Kebangsaan (BNPB) Sutopo Nugroho berkata, gegaran yang dirasai amat kuat sehingga menyebabkan orang ramai panik dan berlari keluar ke kawasan lapang.

Gempa Bumi Aceh Disember 2016

Penduduk Aceh berkumpul di luar sebuah masjid yang rosak akibat gempa kuat di Pidie Jaya, Aceh pada 7 Disember 2016. – AFP

Imej yang tersebar dalam media sosial juga menunjukkan runtuhan bangunan akibat gempa berkenaan, selain tiang elektrik yang tumbang dan orang ramai berkumpul di jalan.

Sekurang-kurangnya lima gegaran susulan dicatatkan selepas gempa kuat itu.

Berita Terdahulu: Aceh dilanda Gempa Kuat Berskala 6.4 Awal Pagi Ini


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts