(10 Gambar) Israel Terbakar, Angin Kencang Burukkan Keadaan. Semoga Satu Israel Dan Pusat Ekonomi Mereka Lumpuh Dibakar Api

by Oh! Semput


3
SHARES
39
VIEWS
Posted on 25 Nov 2016 10:00:27


HAIFA - ISRAEL. Kebakaran yang berlaku di bandar Haifa, Israel bermula daripada kemarau panjang yang telah berlanjutan selama dua bulan.

Memetik laporan BBC ia tercetus sebaik sahaja angin kencang bertiup dari utara bandar, menyebabkan api semakin marak dan sukar dikawal.

Difahamkan, kira-kira 80,000 penduduk telah diberitahu untuk meninggalkan kediaman mereka kerana kebakaran tersebut.

Kebakaran hutan itu juga mengancam rumah berhampiran Jerusalem dan di Tebing Barat.

Ketua Polis Israel Roni Alsheich berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan dan motif dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat yang bermotifkan politik.

Sementara itu, Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu menyifatkan insiden terbabit sebagai serangan keganasan terhadap rakyat dan negaranya.

"Sesiapa yang cuba membakar bahagian negeri Israel akan dikenakan hukuman berat," kata Netanyahu.











SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts