GAMBAR JERSI KELANTAN TRW 2017

by Oh! Semput


19
SHARES
252
VIEWS
Posted on 23 Jan 2017 03:58:10

Gambar jersi Kelantan TRW 2017! Pasukan dari Pantai Timur, Kelantan atau dikenali dengan jolokan The Red Warriors (TRW) telahpun memperlihatkan jersi baru mereka yang akan digunakan pada musim 2017.

Tidak seperti tahun sebelumnya, kini jersi baru Kelantan nampak lebih kemas. Senarai nama syarikat penaja utama dipamerkan dibahagian depan. Manakala selebihnya diletakkan dibeberapa posisi yang pastinya sudah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Susun letak penaja lebih kemas!

Jersi baru Kelantan 2017 terdiri daripada warna merah dan putih untuk perlawanan ditempat sendiri (Home). Warna biru dan putih pula untuk perlawanan di tempat lawan (away). Selain itu, jersi penjaga gol pula berwarna oren.

Gambar jersi Kelantan TRW 2017!

Pasukan Kelantan juga sudah mengesahkan senarai pemainnya bagi musim 2017. Kehadiran Danso dan Celin melengkapkan kuota import pemain Kelantan. – – SENARAI PEMAIN KELANTAN 2017

Jersi baru semangat baru!

Sudah tentu ramai yang berharap kemelut yang melanda pasukan Kelantan sejak dari musim lepas sudah berjaya diselesaikan. Jika tidak, sukar untuk para pemain fokus dan memberikan yang terbaik.

Tengok pada gambar semua pemain nampak begitu cerita. Semoga keceriaan dan kesetiaan mereka juga berbalas. Ayuh, semua penyokong Kelantan yang sayangkan pasukan TRW, belilah jersi yang original untuk menyokong kantung kewangan pasukan.

Jangan lupa juga untuk hadir ke stadium dan beri sepenuhnya sokongan anda.

gambar: Facebook Faridie dan Kelantan FC

Tags: jersi, jersi baru kelantan 2017, jersi baru trw 2017, jersi kelantan 2017, jersi kelantan baru 2017, jersi trw 2017, kelantan, trw

Category: SUKAN

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts