Gambar Model Hot Dari Pentas Peragaan Victoria’s Secret 2016

by Oh! Semput


9
SHARES
121
VIEWS
Posted on 01 Dec 2016 13:00:43

Acara pertunjukan fesyen berprestij tahunan dari jenama pakaian dalam mewah, Victoria’s Secret telah pun berlangsung di Paris semalam.

Pertunjukan fesyen yang menjadi kemestian setiap tahun ini turut dihadiri ramai selebriti ternama. Kali ini, ia dimeriahkan lagi dengan persembahan hebat  Bruno Mars, The Weeknd dan Lady Gaga.

Buat pertama kalinya Kendall, Gigi dan Bella Hadid berjalan buat pertama kalinya untuk Victoria’s Secret ini. Meskipun acara ini masih lagi belum ke udara untuk siaran televisyen, tetapi majlis ekstravaganza ini nyata hangat di media sosial sekarang ini.

Tahun ini, pakaian dalam yang digayakan oleh Jasmine Tookes iaitu Fantasy Bra menjadi tumpuan ramai kerana rekaannya yang sarat berlian dan batu zamrud serta 9,000 biji batu permata. Nilainya juga bukan calang-calang kerana ia bernilai US$3Juta.

Tookes adalah angel ketiga yang dipilih untuk mengenakan bra yang didambakan itu yang mana telah direka berdasarkan acuan bahagian atas badannya.

“Ia sangat berat yang mana lebih dari 450karat. Meskipun saya merasakan ia agak beban di atas bahu saya, tetapi ia sangat berbaloi,” ujar Tookes kepada USA Today.

EH! himpunkan gambar model hot di pentas peragaan Victoria’s Secret 2016. 

 

image-2

Artikel Berkaitan

Koleksi Spring/Summer Radley London
Generations of Style daripada Coach
[EKSKLUSIF] Rekaan Timeless Hala Tuju Alia Bastamam
Seluar Kembang Dan Bentuk Badan

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts