Gambar Dan Video Kemeriahan Majlis Resepsi Perkahwinan Siti Saleha Dan Ahmad Lutfi

by Oh! Semput


10
SHARES
128
VIEWS
Posted on 07 Aug 2017 02:01:05


Pada 28 Julai lalu, pelakon Siti Saleha telah sah bergelar isteri kepada Ahmad Lutfi Azhar. Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Siti Saleha, Mohd Baharom Abdul Rahman dan disaksikan oleh Imam Masjid Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) pada pukul 3.40 petang. 

Siti Saleha yang juga adik kepada penyanyi Sam Bunkface menerima mas kahwin sebanyak RM500 dan pengantin lelaki memberi tujuh dulang hantaran manakala keluarga Siti Saleha membalas dengan sembilan dulang hantaran. 

Pada Ahad, majlis resepsi diadakan di PAUM Clubhouse. “Syukur akhirnya semua dipermudahkan dan doakan agar kami terus bersama di dunia dan akhirat. 

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan memeriahkan majlis kami pada hari ini,” kata Siti Saleha selepas acara perkahwinan tersebut berjalan dengan lancar. 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts

Copyright © Oh! Semput 2018