by Oh! Semput
Tohmahan kononnya PAS sering mengganggu parti lain disifatkan sebagai tidak berasas dan hanya mitos politik yang tidak relevan, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Menurut laporan Sinar Harian, beliau berkata, berdasarkan sejarah politik negara, PAS sebenarnya lebih kerap menjadi parti yang dipelawa untuk bekerjasama oleh parti lain, bukannya pihak yang memulakan usaha tersebut.

Foto: Sinar Harian
Menurutnya, situasi sama berulang apabila UMNO beberapa kali didakwa mempelawa PAS untuk bekerjasama ketika parti itu berdepan perpecahan dalaman.
Takiyuddin berkata, PAS juga menjadi tumpuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas penubuhan parti itu susulan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada UMNO oleh Datuk Seri Najib Razak pada Julai 2015.

Foto arkib: Sinar Harian
Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) berkata, PAS sentiasa terbuka untuk menerima kumpulan RESET yang diterajui Hamzah sekiranya ada kesediaan untuk bekerjasama.
Jelasnya, pendekatan itu selari dengan prinsip PAS yang mengutamakan penyatuan ummah tanpa mengira latar belakang kaum.
: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)