by Oh! Semput
Merujuk kepada istilah sastera, ia adalah dari gabungan perkataan "dys" dalam bahasa Greek yang bermaksud kesukaran dan "calculia" yang bermaksud pengiraan dalam bahasa Latin. Jadi, Diskalkulia ini didefinisikan sebagai masalah pembelajaran yang spesifik dalam pengiraan atau matematik dan seumpamanya.
Diskalkulia ini merupakan kesan isu pembelajaran umum tentang keupayaan kanak-kanak dalam matematik. Ia bukan sahaja memberi kesan di sekolah malahan dapat memberi kesan juga dalam kehidupan seharian mereka. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai sokongan dan cara untuk membantu kanak-kanak ini mendapat kemahiran yang mereka perlukan.
Diskalkulia ini diterangkan oleh 'Department for Education Skills' (DfES) sebagai sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai atau memperolehi kemahiran dalam aritmetik. Oleh kerana itu, kanak-kanak diskalkulia ini menghadapi masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kurang kefahaman dengan nombor dalam mempelajari fakta nombor dan cara menggunakan formula. Sebagai contoh, 3+2=5 tetapi mereka tidak dapat mentakfsirkan bahawa 2+3=5 juga. Walaupun mereka dapat memberi jawapan yang betul, tetapi mereka tidak yakin dengan jawapan tersebut.
Seseorang yang menghadapi masalah Diskalkulia akan mengalami kesukaran :
#1 Genetik
Kajian menunjukkan bahawa sebahagian dari perbezaan dalam skor matematik kanak-kanak berpunca dari genetik. Mungkin ada di antara keluarga yang turut mengalami masalah Diskalkulia.
#2 Kecederaan otak
Hal ini juga terjadi disebabkan berlakunya kecederaan pada bahagian tertentu di otak.
#3 Pendedahan awal matematik
Ada sesetengah ibu bapa yang mendesak anak mereka untuk belajar matematik ketika masih kecil di mana mereka masih tidak bersedia untuk menerima konsep matematik. Ini menyebabkan mereka menjadi terlalu bimbang jika tidak dapat menjawab soalan matematik yang ada dan membuatkan mereka turut berasa fobia.
#4 Faktor pengajaran di sekolah
Pelajar yang lemah khususnya, mereka tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran itu dengan sepenuhnya. Hal ini kerana guru perlu menghabiskan sukatan pelajaran mereka mengikut waktu yang ditetapkan.
Ya, mereka sangat memerlukan sokongan dari keluarga terutama daripada ibu bapa. Sebagai ibu bapa, anda hendaklah sentiasa memantau dan memberi tunjuk ajar dalam membantu anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran ini :
Kesimpulannya, lebih banyak yang anda tahu tentang cabaran yang kanak-kanak ini hadapi maka lebih mudah untuk anda mendapatkan bantuan yang mereka perlukan.
Rujukan :