Geely Mahu Tarik Diri Dari Kerjasama Dengan Proton

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 03 Mar 2017 12:00:51

KUALA LUMPUR: Saham DRB-Hicom Bhd jatuh pada akhir dagangan hari ini berikutan laporan berita bahawa jutawan Li Shufu berkata dia merancang untuk menarik diri syarikat miliknya iaitu Zhejiang Geely Holding Group Co. daripada tawaran kerjasama dengan Proton Holdings Bhd.

Pada pukul 4.50 petang, saham DRB-Hicom turun enam sen kepada RM1.39.

Bloomberg melaporkan Li sebagai berkata DRB-Hicom sering berubah rancangannya.

“Mereka sentiasa berubah, hari ini lain, dan esok lain,” Li berkata dalam satu temu bual di Beijing hari Jumaat, sebelum menghadiri perasmian Persidangan Perundingan Politik Rakyat China.

“Mereka tidak membuat keputusan tentang apa yang mereka mahu.”

Geely Group yang berpangkalan di Hanghzhou, China dan Kumpulan PSA Perancis telah mengemukakan bidaan untuk membeli pegangan saham dalam  Proton bagi membawa masuk rakan kongsi asing untuk membantu dalam penyelidikan dan pembangunan sebagai sebahagian daripada syarat-syarat yang dipersetujui.

Bloomberg melaporkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali dan seorang jurucakap syarikat kedua-dua enggan mengulas mengenai komen Li.

Minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif PSA Carlos Tavares berkata minggu lepas bahawa keputusan mengenai tawaran Proton dijangka akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts