Gelandangan Warga Asing Ditahan Selepas Rosakkan Kenderaan Polis Di Jalan Hang Lekiu

by Oh! Semput


6
SHARES
73
VIEWS
Posted on 26 Jun 2026 08:02:07

Seorang gelandangan warga asing ditahan selepas dipercayai merosakkan sebuah kenderaan milik polis dengan membaling objek keras dalam kejadian di hadapan Hotel Kingston, Jalan Hang Lekiu, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd Din berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu berjaya ditahan di lokasi kejadian kira-kira jam 11.57 malam dengan bantuan orang awam.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai membaling objek yang disyaki seketul bata ke arah kenderaan polis sehingga menyebabkan kerosakan pada kenderaan tersebut.

“Siasatan awal turut mendapati suspek dipercayai mengalami masalah kesihatan. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, suspek telah direman selama tiga hari bermula Khamis hingga Sabtu bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat yang menyebabkan kerosakan harta benda, selain Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki berada di negara ini tanpa dokumen perjalanan atau permit yang sah.

Pihak polis turut meneruskan siasatan bagi mengenal pasti status imigresen suspek serta mendapatkan maklumat lanjut berkaitan keadaan kesihatannya.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu dan menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak berkuasa, yang akan menjalankan tindakan mengikut lunas undang-undang.

Gelandangan Warga Asing Ditahan Selepas Rosakkan Kenderaan Polis Di Jalan Hang Lekiu first appeared on #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts