Gempa Aceh: Penduduk cedera kembali pulang

by Oh! Semput


7
SHARES
86
VIEWS
Posted on 11 Dec 2016 04:09:27

Daripada Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Nasaruddin Parzi

PIDIE JAYA (Aceh): Penduduk bandar ini yang cedera dan mendapatkan rawatan di dua hospital di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Dr Fauziah di Bireuen serta RSUD Tgk Chik di Tiro, Sigli kembali pulang ke rumah masing-masing biarpun masih berlaku gempa susulan.

Terbaru, gempa susulan dengan kekuatan 4.3 skala Ricther menggegarkan kembali bandar ini, jam 11.42 malam tadi, bagaimanapun beberapa penduduk tempatan yang ditemui, memaklumkan tiada kerosakan teruk dialami ketika gegaran itu.

Pegawai perubatan RSUD Dr Fauziah, Dr Zulkainain Adam, 47, dalam kiriman ringkas kepada wartawan memaklumkan, hanya pesakit yang mengalami kecederaan teruk saja masih ditempatkan di hospital terbabit.

“Jumlahnya dalam sekitar 30 orang. Ada yang sudah kembali pulang ke desa masing-masing semalam petang,” katanya.

RSUD Dr Fauziah serta RSUD Tgk Chik di Tiro adalah dua hospital utama yang menempatkan mangsa krtitikal, berikutan RSUD Pidie Jaya terpaksa ditutup ekoran keretakan teruk pada struktur bangunannya, ketika gempa bumi, awal pagi Rabu lalu.

Sementara itu, tinjauan di bandar ini mendapati masih ada binaan runtuhan yang masih belum dibersihkan sepenuhnya, kebanyakannya rumah dan premis kedai.

Kerja-kerja pembersihan masih juga dijalankan terutama di tengah bandar Pidie Jaya okeh Pasukan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS).

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts