Gempar Buaya Tenggelam Timbul Di Pantai Pengkalan Balak

by Oh! Semput


53
SHARES
693
VIEWS
Posted on 11 Feb 2017 07:02:27


Alor Gajah - Orang ramai yang sedang bersukaria dan mandi manda di persisiran pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, gempar apabila terlihat kelibat seekor buaya yang sedang berkeliaran di pantai itu tengah hari tadi, lapor Harian Metro.

Seorang pengunjung, Amalina khairunnisa , 24, yang ketika itu berada di pantai dikejutkan dengan jeritan amaran seorang lelaki yang meminta pengunjung sedang mandi mengosongkan pantai, pada 12.30 tengah hari.

"Ketika kejadian sebahagian besar pengunjung yang sedang mandi adalah kanak-kanak. Apa lagi, mereka terus mengosongkan pantai selepas diarahkan lelaki terbabit.

"Saya juga sempat tengok buaya itu tenggelam timbul beberapa saat sebelum hilang. Saya syak ia sudah berenang ke kawasan lain agaknya," katanya.

Katanya, pada mulanya ramai menyangka objek dilihat itu kayu hanyut dan hanya tahu ia adalah buaya selepas dijeritkan lelaki berkenaan yang juga pekerja pembersihan.

: Harian Metro

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts