Gempar ! Kereta Terbakar Di Stesen Minyak Ranau

by Oh! Semput


7
SHARES
87
VIEWS
Posted on 03 Dec 2016 06:00:39

RANAU: Suasana panik berlaku di sebuah stesen minyak di sini apabila sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda tiba-tiba terbakar di bahagian enjinnya.

Bagaimanapun keadaan kembali tenang apabila sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Ranau tiba dilokasi kejadian dan berjaya memadamkan api sebelum merebak.

Ketua Jabatan, Jimmy Lagung memberitahu media kejadian itu berlaku di Stesen Minyak Petronas Pekan Ranau kira-kira jam 1.45 petang kemarin.

“Dalam kejadian itu, pelanggan yang sedang mengisi minyak mendapati sebuah kereta Toyota Land Cruiser yang diletakkan dalam kawasan stesen minyak berkenaan berasap dan mengeluarkan api.

“Tindakan pantas anggota bomba dan penyelamat di sini memadamkan api yang sedang marak berjaya mengelakkan daripada perkara lebih buruk berlaku memandangkan kejadian berlaku di stesen minyak,” jelas beliau.

Menurut beliau, dalam insiden itu tiada sebarang kecederaan dilaporkan,manakala jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan.


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts