BR1M : Tun M Hina Golongan Pendapatan Rendah

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 15 Jan 2017 05:01:27

BR1M

USAHA kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membantu golongan memerlukan dan berpendapatan rendah di negara ini dengan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sewajarnya disokong semua pihak.

Pendekatan kerajaan melaksanakan BR1M tidak seharusnya diperkecilkan dan dihina kerana matlamatnya untuk menolong 40 peratus rakyat berpendapatan rendah. Bukannya hendak membeli undi dan bermotifkan politik.

BR1M adalah ilham Bank Negara Malaysia (BNM) dan Najib sebagai Perdana Menteri hanya merealisasikan usaha membantu rakyat itu.

Bantuan ini adalah jaringan sosial rakyat dan menjadi kaedah kerajaan memindahkan kekayaan jangka pendek negara kepada orang ramai.

Adakah menjadi kesalahan kerajaan berbuat demikian?

Apa yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad?

Mahathir cuba mempolitikkan BR1M sebagai kononnya rasuah, dakwaan sedemikian hanyalah untuk menabur kebencian rakyat kepada kerajaan sedia ada.

Sejak dilaksanakan pada 2012, BR1M mendapat pengiktirafan Bank Dunia sebagai program pindahan tunai yang berjaya sampai kepada 90 peratus golongan yang memerlukan dan juga diiktiraf sebagai sangat progresif dan bukannya regresif seperti subsidi petrol dan diesel berbentuk pukal.

Bank Dunia juga menyatakan BR1M merupakan penyumbang kepada penurunan kadar kemiskinan dan sekiranya BR1M dan bayaran kebajikan yang lain tidak dilaksanakan, kadar kemiskinan di negara in akan lebih tinggi.

Selain Bank Dunia, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) juga mengiktiraf BR1M sebagai program jaringan keselamatan sosial yang memberi manfaat kepada golongan yang terdedah kepada kemiskinan.

Jadi kenapa pula Mahathir terus mempertikai BR1M?

Sanggup Mahatahir yang kini semakin terdesak dalam usahanya menjatuhkan Najib menghina golongan berpendapatan rendah dan menengah sebagai penerima rasuah, mudah termakan umpan, tiada maruah dan sebagainya.

Adakah Mahathir faham bagaimana kehidupan sebagai golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negara ini?

Pastinya Mahathir dan keluarganya terutama anak-anaknya yang merupakan jutawan tidak pernah merasai pendapatan di bawah RM4,000 sebulan.

Jika benar BR1M rasuah, bagaimana pula dengan subsidi pukal yang tidak menguntungkan golongan berpendapatan rendah seperti subsidi petrol dan diesel sewaktu legasi Mahathir berpuluh tahun dahulu?

Jika BR1M itu salah dari segi undang-undang, adakah segala jenis bantuan tunai yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang itu melanggar undang-undang negara?

Rakyat yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah pastinya tidak mampu bermewah seperti Mahathir dan keluarganya.

Tetapi janganlah menghina mereka yang mendapat bantuan kerajaan sebagai penerima rasuah, senang diumpan dan pemakan dedak.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts