Google Perkenal Gemini 4 Neon, Kualiti Setanding Carbon Dengan Kos Tugasan 32% Lebih Rendah

by Oh! Semput


3
SHARES
40
VIEWS
Posted on 19 Nov 2026 04:00:09

Google memperkenalkan Gemini 4 Neon, model AI baharu yang direka untuk mengendalikan tugasan kompleks seperti pengekodan, analisis data dan penyelidikan dengan keupayaan penaakulan tinggi, pelaksanaan lebih pantas serta kos penggunaan lebih rendah.

Model ini mengisi kedudukan antara Gemini 4 Carbon dan Gemini 4 Hydrogen. Jika Gemini 4 Carbon dibangunkan untuk mengendalikan tugasan kompleks dalam tempoh pelaksanaan lebih panjang dan Gemini 4 Hydrogen direka untuk tugasan harian yang perlu diselesaikan dengan pantas, Neon pula mengimbangi keupayaan penaakulan mendalam dengan kecekapan pelaksanaan.

Google Perkenal Gemini 4 Neon, Kualiti Setanding Carbon Dengan Kos Tugasan 32% Lebih Rendah

Antara keupayaan utamanya ialah menggabungkan dan menganalisis maklumat daripada pelbagai jenis fail dalam satu tetingkap konteks sehingga 1 juta token. Model ini juga direka untuk mengendalikan tugasan pengekodan yang lebih kompleks, termasuk menyahpepijat kod dan menyusun semula kod merentasi beberapa fail dalam sesebuah repositori.

Google Antigravity turut membolehkan Neon bertindak sebagai penyelaras (Orchestrator) yang mengarahkan beberapa subejen Hydrogen menjalankan tugasan secara serentak. Pendekatan ini membantu Neon menguruskan projek yang lebih panjang dan kompleks, termasuk berkongsi perkembangan kerja serta mengurangkan pembacaan fail yang berulang.

Google Perkenal Gemini 4 Neon, Kualiti Setanding Carbon Dengan Kos Tugasan 32% Lebih Rendah

Bagi tugasan sains dan matematik, Neon mencatat prestasi yang dikategorikan Google sebagai terbaik dalam kelasnya berdasarkan beberapa penanda aras. Antaranya termasuk Terminal-Bench Science dengan skor 70.5%, RiemannBench sebanyak 84% dan HLE-Diamond sebanyak 71.3%.

Dari segi kecekapan, Google mendakwa Gemini 4 Neon menawarkan kos 32% lebih rendah bagi setiap tugasan berbanding Gemini 4 Carbon pada tahap pemikiran high. Neon turut menyediakan empat tahap pemikiran yang membolehkan pengguna menentukan tahap penaakulan berdasarkan keperluan tugasan.

With four thinking levels, you can match reasoning depth to each task. It also sits on the Pareto frontier on both the Vals index and Agent Arena at high, with roughly 50% to 80% lower cost per task than top competing frontier models.

Best in class at science and math on key… pic.twitter.com/trSSKDSZG3

— Google (@Google) November 18, 2026

Bagi tetapan default high, Neon menawarkan keseimbangan antara prestasi dengan penggunaan token, dengan kos bagi setiap tugasan kira-kira 50% hingga 80% lebih rendah berbanding model AI termaju pesaing.

Google Perkenal Gemini 4 Neon, Kualiti Setanding Carbon Dengan Kos Tugasan 32% Lebih Rendah

Sementara itu, tetapan xhigh menawarkan penaakulan lebih mendalam untuk tugasan kejuruteraan, analisis dan penyelidikan saintifik yang kompleks. Walaupun menggunakan tetapan tertinggi, Google mendakwa kos bagi setiap tugasan masih 36% lebih rendah berbanding model pesaing pada tetapan tertinggi masing-masing.

Ketersediaan

Bermula hari ini, pelanggan Google AI Pro dan Ultra boleh mengakses Gemini 4 Neon melalui aplikasi Gemini pada peranti mudah alih, desktop dan web.

Bagi pembangun, Neon turut tersedia melalui Gemini API dalam Google AI Studio dan Android Studio, manakala pelanggan perusahaan boleh menggunakannya melalui Gemini for Business. Model ini juga ditawarkan dalam Google Antigravity kepada pelanggan berbayar Google AI Pro dan Ultra.

Untuk penggunaan melalui API, Google menetapkan harga AS$3 bagi setiap sejuta token input dan AS$15 bagi setiap sejuta token output. Token input yang disimpan dalam cache pula dikenakan bayaran AS$0.15 bagi setiap sejuta token.

{suggest}

Google Perkenal Gemini 4 Neon, Kualiti Setanding Carbon Dengan Kos Tugasan 32% Lebih Rendah WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts