Google secara rasminya hari ini mengumumkan kehadiran telefon lipat generasi baharunya, Pixel 11 Pro Fold, yang tampil lebih nipis, ringan, dan tahan lasak serta sarat dengan inovasi kecerdasan buatan (AI).
Peranti boleh lipat baharu ini 10% lebih ringan serta 1mm lebih nipis berbanding model terdahulu, dilengkapi bingkai skrin (bezel) yang lebih kemas serta visor kamera baharu HiLight yang menampilkan lampu LED khas untuk notifikasi dan integrasi Gemini.
Dari segi ketahanan, peranti ini mengekalkan penarafan kalis air dan debu IP68.
Penggunaan penutup belakang komposit gentian kaca yang lebih kukuh, engsel tanpa gear, dan kaca penutup seramik menjadikannya tiga kali lebih tahan lasak berbanding generasi lalu.
Kesan lipatan skrin juga kini semakin jurang kelihatan dengan kecerahan paparan dipertingkat sehingga 3,600 nits.
Pixel 11 Pro Fold.
Pixel 11 Pro Fold dikuasakan cip pemproses Google Tensor G6 d bersama RAM 16GB serta pilihan storan dari 256GB, 512GB dan 1TB.
Peranti ini turut dimuatkan dengan bateri 4806 mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W dan pengecasan tanpa wayar 25W.
Keupayaan AI peranti ini turut dipertingkatkan menerusi fungsi terjemahan masa nyata, termasuk penterjemahan bahasa isyarat (ASL) ke teks yang dibangunkan khas bersama komuniti Kurang Upaya Pendengaran.
Sistem kameranya turut diperkemas menerusi lensa utama 48MP dan lensa telefoto dengan 30x Super Zoom, disokong ciri fotografi pintar seperti Magic Capture. Google
Pixel 11 Pro Fold tersedia dalam pilihan warna Olive dan Obsidian kini boleh dipra-pesan dan bakal dilancarkan secara rasmi di pasaran pada 20 Ogos 2026 dengan harga jualannya bermula dari RM7,999.
Enam anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), berjaya ditemukan dalam keadaan selamat selepas tersasar daripada kawasan pendaratan ketika menjalani latihan penerjunan bebas di perairan Laut China Selatan.Menurut TLDM, keja
SpacexAI hari ini melancarkan Grok 4.6, model AI terbaharunya yang memfokuskan keupayaan ejen AI untuk mengendalikan tugasan lebih kompleks dan mengambil masa lebih panjang, termasuk penyelidikan, analisis maklumat, pengekodan dan pembangunan aplikasi.Di
Perancis pada Rabu merekodkan kekurangan kapasiti pengeluaran tenaga nuklear melebihi 20 peratus, satu rekod defisit yang berpunca daripada gangguan berkaitan alam sekitar akibat kemarau, cuaca panas ekstrem, dan serangan obor-obor.Perancis bergantung ke
Bersama-sama telefon pintar Pixel 11, Google turut mengumumkan kemaskini kepada penawaran jam tangan pintar mereka, Pixel Watch. Versi terbaru yang diperkenalkan adalah Google Pixel Watch 5.Pixel Watch 5 hadir dengan rekaan muka jam bulat, dijana
KUANTAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 228 pendatang tanpa izin, termasuk tujuh kanak-kanak yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan menerusi Ops Sasar di Jerantut, Rompin dan Kuantan semalam.Pengarah Imigresen Negeri Pahang Nursafariza Ihsa
Google secara rasminya hari ini mengumumkan kehadiran telefon lipat generasi baharunya, Pixel 11 Pro Fold, yang tampil lebih nipis, ringan, dan tahan lasak serta sarat dengan inovasi kecerdasan buatan (AI).Peranti boleh lipat baharu ini 10% lebih ringan
Seorang bekas siak masjid dan wanita berstatus isteri orang didenda RM5,000 setiap seorang selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cuba melakukan persetubuhan haram di bilik pengurusan jenazah sebuah masjid di Bukit Piatu, Melaka.Hakim Mahkamah Tinggi S
Astro telah memulakan operasi secara rasmi pada 1996 yang lepas, dan tahun ini mereka menyambut ulang tahun ke-30 secara rasminya. Perkhidmatan yang dimulakan dengan 20 saluran pada mulanya, kini mempunyai sekitar 157 saluran, selain turut ditawarkan bers
Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjun ke sungai ketika cuba mengelak pemeriksaan polis berkaitan dadah di Kampung Gong Mak Som, Kampung Raja, di Besut.Mayat mangsa ditemukan kira-kira jam 11.30 pagi
Serentak dengan pelancaran Google Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro XL, Google Pixel 11 Pro Fold turut dilancarkan dengan beberapa penambahbaikan kecil. Pertama sekali dari sudut rekaan ia tidak banyak berbeza dengan Pixel 10 Pro Fold tahun lalu. Pe