Google Pixel Watch 5 Diumumkan Dengan Sokongan Rumusan Corak Tekanan Darah Dan Kerintangan Insulin – Bermula RM1799

by Oh! Semput


6
SHARES
81
VIEWS
Posted on 12 Aug 2026 17:00:59

Bersama-sama telefon pintar Pixel 11, Google turut mengumumkan kemaskini kepada penawaran jam tangan pintar mereka, Pixel Watch. Versi terbaru yang diperkenalkan adalah Google Pixel Watch 5.

Pixel Watch 5 hadir dengan rekaan muka jam bulat, dijana menggunakan cip Snapdragon W5 Gen 2, serta masa ketahanan bateri sehingga 40 jam lamanya. Jam tangan pintar ini hadir dengan ciri kesihatan yang ditambah baik, termasuk sokongan untuk melihat corak tekanan darah dan kerintangan terhadap insulin. Untuk menjayakan ciri ini, Google menggunakan pembelajaran mesin, serta mengabungkan maklumbalas daripada corak tidur, denyutan nadi dan aktiviti fizikal, sekaligus menganalisa dan padankan ia dengan pelbagai data. Google akan menyediakan ringkasan perkembangan tekanan darah dan juga kerintangan insulin setiap bulan – bagi membolehkan pengguna lebih memahami dan menjaga kesihatan mereka.

Dengan perkembangan arena kecerdasan buatan juga, Google turut menyertakan sokongan Gemini pada jam tangan pintar ini, dimana anda boleh berinteraksi dengan arahan suara, dan ia akan memberikan maklumbalas yang sesuai.

Google turut menambah baik sokongan penjejak corak tidur pada jam tangan pintar ini, disamping mengintegrasikan sokongan GPS yang lebih jitu.

Di Malaysia, Google Pixel Watch 5 41mm ditawarkan pada harga bermula RM1799, sementara Pixel Watch 5 45mm ditawarkan pada harga RM1999. Pratempahan untuknya bermula hari ini, dan ia akan ditawarkan bermula 20 Ogos 2026 kelak.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts