TMJ Hadiahkan RM 15,000 Kepada Faiz Subri

by Oh! Semput


9
SHARES
119
VIEWS
Posted on 07 Dec 2016 10:00:48

Faiz Subri

MENANG atau kalah untuk anugerah Puskas Perseku­tuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, pemain te­ngah Pulau Pinang, Mohd. Faiz Subri tetap menerima habuan.

Jaringan luar biasa menerusi sepakan percuma pemain yang berasal dari Air Hitam, Kedah itu bakal menyaksikannya menerima insentif berjumlah RM15,000 da­ripada penaung Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Tunku Mahkota Johor.

Pengumuman insentif itu di­buat menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers (JST) semalam yang memaklumkan pe­ngurniaan tersebut merupakan sumbangan Tunku Ismail selaku Penaung PFAM.

“Kurniaan ini diberikan sebagai penghargaan atas kejayaan Mohd. Faiz yang telah mengharumkan nama negara.

“Namun, ia tiada kaitan ber­kenaan spekulasi bahawa Mohd. Faiz akan menyertai Johor Darul Takzim (Johor DT) untuk saingan Liga Malaysia musim hadapan. Selamat maju jaya diucapkan buat Faiz Subri!. Ia merupakan penghargaan kerana dia telah mengharumkan nama negara,” titah Tunku Ismail.

Mohd. Faiz tersenarai dalam tiga pemain terbaik untuk memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 bersama-sama dua lagi pemain iaitu Matlone (Cortin­thians/Brazil) dan Danius­ka Rodriguez (AFF SanDiego/Vene­zuela).

Pemenang akan diketahui pada malam gala FIFA yang bakal berlangsung di Zurich, Switzerland, 9 Januari depan.

Sebelum ini, Mohd. Faiz terse­narai antara 10 pemain terbaik selepas menjaringkan gol menarik menerusi sepakan percuma unik dari jarak 32 meter sewaktu beraksi bersama Pulau Pinang ketika menentang Pahang dalam perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya pada 16 Februari lalu.

Pada perlawanan tersebut Pulau Pinang menang 3-0.

Sementara itu, video jaringan ajaib Mohd Faiz Subri akhirnya mencecah tontonan 1.9 juta di laman YouTube pagi tadi.

Walaupun masih berbaki 34 hari sebelum proses undian berakhir, namun gol yang melanggar hukum fizik itu terus mencuri tumpuan apabila ditonton 1,916,985, peningkatan sebanyak 30,169 tontonan berbanding semalam.

Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama Real Madrid di antara tahun 1959 hingga 1966.

Faiz, 29, menjadi pemain Asia ketiga dan pertama daripada Asia Tenggara disenaraikan pendek dalam 10 jaringan terbaik Puskas.

Kumi Yokoyama yang bermain untuk pasukan wanita B-17 Jepun menjadi pemain Asia pertama mara ke peringkat 10 terbaik diikuti Hisato Sato dari Jepun pada 2014.

Peminat boleh membuat undian di pautan http://www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/index.html

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts