TPM hadir majlis perkahwinan anak MB Pahang

by Oh! Semput


1
SHARES
19
VIEWS
Posted on 04 Dec 2016 08:01:00

KUANTAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meluangkan masa kira-kira sejam meraikan majlis persandingan anak perempuan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, dekat sini, sebentar tadi.

Beliau yang tiba kira-kira jam 1 tengah hari, disambut oleh Adnan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ahmad Zahid turut melakukan upacara menepung tawar pasangan pengantin, Yang Aishah Adnan, anak ketiga daripada empat beradik dan pasangannya, Mohd Iliya Omar.

Kira-kira 1,000 tetamu membabitkan ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan serta masyarakat setempat hadir pada majlis yang bermula jam 10 pagi itu.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts