by Oh! Semput
Tun Mahathir Mohamad tidak salah mempersoalkan sumber dana 1MDB dan sama ada wajar ia digunakan untuk menaja jemaah haji di Makkah, kata ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
Raja Kamarul berkata perkara itu juga dibangkitkan beliau di Parlimen dua tahun lalu, selepas pendedahan bahawa 1MDB melabur dana di kepulauan Cayman.
“Saya sendiri sudah berkali kali bertanya di Parlimen sejak dua tahun lepas mengapa wang 1 MDB telah dilaburkan di sistem kewangan ke Pulauan Cayman, iaitu pusat terkenal simpanan wang judi, dadah dan kongsi gelap terkenal dunia, dan adakah sumber wang ini digunakan untuk membiayai Haji oleh 1 MDB ?
“Soalan ini dikemukakan semasa perbahasan akta Penggubalan wang haram untuk kerajaan memberi penjelasan kerana bumi Allah ini luas dan banyak lagi tempat lain boleh kita melabur.
“Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak memberi jawapan yang jelas selain dari menyatakan “ia adalah pelaburan jangka masa pendek”.
“Kalau perbuatan itu haram ia tetap haram walaupun untuk jangka masa pendek kerana ada banyak lagi pilihan lain yang halal,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Terdahulu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki membidas Mahathir kerana mengatakan individu yang mengerjakan ibadat haji menggunakan wang 1MDB tidak akan mendapat haji mabrur.
[Berita penuh menyusul]
Category: Semasa