“Saya Halalkan RM1,500 Tu” – Nick Mikhail ‘Block’ Aliff Aziz, Menyesal ‘Backup’ Ketika Dilanda Kontroversi

by Oh! Semput


5
SHARES
59
VIEWS
Posted on 22 Jun 2026 10:02:39

Pelakon dan usahawan Singapura, Nick Mikhail Razak mengakui telah menyekat nombor telefon penyanyi Aliff Aziz selepas didakwa membatalkan persembahan pada saat akhir bagi majlis pelancaran produk milik isterinya, personaliti media sosial King Coco.

Ketika ditemui media, Nick berkata dia memilih untuk tidak mendengar sebarang penjelasan daripada Aliff kerana bimbang perkara itu akan mengubah pendiriannya terhadap insiden berkenaan.

Advertisement

Menurutnya, Aliff difahamkan ada menghubungi pengacara Roslan Shah untuk menyampaikan permohonan maaf berhubung perkara tersebut.

“Saya tak mahu dengar apa-apa alasan sebab kalau saya dengar, mungkin saya akan jadi lebih marah atau akhirnya memaafkan dia.”

“Kalau suatu hari nanti hati saya terbuka, mungkin saya boleh maafkan dia, tetapi saya rasa saya tak akan lagi berada di belakang dia seperti sebelum ini.”

Nick berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk IAmCoco yang berlangsung di W Hotel, Kuala Lumpur.

Nick Mikhail

Mengulas mengenai deposit RM1,500 yang didakwa masih belum dipulangkan, Nick menjelaskan wang tersebut bukan lagi menjadi isu utama, sebaliknya dia lebih kecewa dengan tindakan individu yang dianggap seperti adiknya sendiri.

“RM1,500 itu bukan soal besar. Kalau tak dipulangkan pun saya anggap sedekah. Ramai suruh saya saman atau ambil tindakan undang-undang sebab semuanya ada dalam WhatsApp.”

“Tapi saya tak mahu tutup periuk nasi orang. Saya cuma mahu orang tahu apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa Aliff tak membuat persembahan pada majlis ini.”

Dalam pada itu, Nick turut meluahkan kebimbangan terhadap sikap pelantun lagu Sayang Sayang itu yang dikhuatiri boleh menjejaskan perjalanan karier seninya yang kini kembali mendapat perhatian ramai.

Terdahulu, Nick meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa Aliff membatalkan persembahan pada saat akhir walaupun tempahan telah dibuat sejak 19 Mei lalu dan deposit sebanyak RM1,500 sudah dibayar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aliff aziz
2026-06-21 08:34:14

"Kau Buat Hal, Aku 'Backup' Kau Selama Ni" - Usahawan Dedah Aliff Aziz Buat 'Hal', Tipu Duit

“Saya Halalkan RM1,500 Tu” – Nick Mikhail ‘Block’ Aliff Aziz, Menyesal ‘Backup’ Ketika Dilanda Kontroversi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts