Mila AF Sah Hamil Anak Sulung

by Oh! Semput


4
SHARES
56
VIEWS
Posted on 30 Nov 2016 03:01:04

TAHNIAH diucapkan kepada penyanyi Mila Jirin yang kini telah disahkan hamil cahaya mata sulung.

Berita gembira itu dikongsi juara  Akademi Fantasia musim ke-5 menerusi laman Facebooknya.

1-2-1

Dalam posting itu, Mila meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi dengan kurniaan itu.

Menurut Mila atau nama penuhnya Noorsyarmilla Jirin, 29, kandungannya kini sudah tiga bulan.

“Alhamdulillah, Allah sekali lagi memberi rezeki kepada saya dan suami. Kandungan saya sudah pun melepasi trimester pertama dan saya bersyukur bayi yang dikandung ini sihat.

“Saya sengaja tidak berkongsi berita gembira ini awal dulu memandangkan sebelum ini saya pernah melalui pengalaman keguguran,” katanya kepada BH Online.

Tambahnya, dia kini mngurangkan aktiviti seni dan dan perniagaan untuk berehat di rumah demi memastikan kandungan itu sihat.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts