1MDB hantar penghulu bertuah ke Makkah

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 08 Dec 2016 07:00:15

Berita gembira untuk penghulu di seluruh negara yang belum mengerjakan haji.

Hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan – melalui Yayasan 1MDB – akan menaja ketua-ketua kampung menunaikan rukun kelima Islam di Makkah.

Katanya penghulu terpilih juga akan diberi sumbangan berbentuk wang tunai untuk perbelanjaan mereka di Tanah Suci.

“Saya nak umumkan, penghulu yang belum naik haji saya nak tawarkan beberapa tempat melalui urusetia program haji 1MDB.

“Kita akan biaya sepenuhnya mereka menunaikan haji dan dapat lagi wang tunai sebagai sumbangan,” kata Najib di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Najib berucap di majlis ucaptama dan perasmian penutup Seminar Jati Diri dan Memperkasakan Institusi Penghulu di bangunan Ibu Pejabat Umno itu.

[Laporan penuh menyusul]

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts