Hanya 6% rakyat ambil buah, sayur mencukupi

by Oh! Semput


7
SHARES
85
VIEWS
Posted on 06 Dec 2016 10:00:16

SERDANG: Hanya enam peratus rakyat dewasa tempatan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi, masing-masing dua dan tiga sajian seperti disarankan Panduan Diet Malaysia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata ia menunjukkan gaya pemakanan tidak sihat sekali gus meningkatkan risiko penyakit obesiti, diabetes dan hipertensi.

Susulan itu katanya, pihaknya bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani merangka pelbagai aktiviti menerusi MAHA 2016 bagi memastikan orang ramai mendapat jaminan kebolehdapatan makanan selain membeli buah dan sayur pada harga berpatutan.

“MAHA 2016 dapat memberi gambaran dari sudut kesihatan termasuk memberi pendedahan mengenai khasiat buah-buahan dan sayur.

“Isu ini juga timbul apabila rakyat tempatan mengamalkan gaya pemakanan yang kurang sihat dengan mengambil makanan mengandungi kalori dan lemak tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Kempen Makan Buah dan Sayur di Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts