Ibu Haramkan Mikael Jumpa Ayah Yang Tidak Mengaku Anaknya Walaupun Bukti Sah Didedahkan

by Oh! Semput


12
SHARES
159
VIEWS
Posted on 04 Mar 2017 08:00:45


Susulan kes seorang ibu muda yang mencari ayah kepada anaknya yang hilang entah ke mana semenjak anaknya dilahirkan setahun tiga bulan.

Difahamkan, ramai netizen telah tidak berpuashati dengan kenyataan Salzelin Osman dan ramai yang menyatakan dia bukannya isteri kepada lelaki berkenaan.

Terbaru, melalui maklumat yang diberikan, lelaki berkenaan tidak mengakui itu adalah anaknya. Jadi, Salzelin tampil sekali lagi bersama bukti-bukti yang dia ada untuk mendapatkan pembelaan ke atas anak lelakinya.

Baca juga:  Lelaki Dicari Ibu Muda Sejak Anak Lahir 1 Tahun 3 Bulan Dia Tiada Khabar Berita

Oleh: Salzelin Osman

Disebabkan lelaki itu tidak mengaku bahawa Mikael adalah anaknya kepada kawan-kawannya, saya terpanggil untuk menunjukkan bukti yang saya ada. Ada yang bertanya betul atau tidak saya adalah bekas isterinya, tak pernah tahu pun.

Gambar perkahwinan saya dengan dia sememangnya saya tidak menyimpannya kerana saya sudah pun berkahwin lain, tetapi saya ada dokumen nikah dan cerai. Ada bukti-bukti mesej di bawah ini yang membuktikan dia meminta maaf dan berterima kasih kerana menjaga anak saya dengan baik.

Ada gambar Mykid, gambar-gambar Mikael dan gambar lelaki itu juga. Saya ingin bertanya, Mikael memang tak mengikut rupa ayahnya? Tolonglah sesiapa yang boleh jawab soalan ini.






Saya sememangnya tidak beberapa mengenali dia, kami kenal selama 20 hari dan terus kahwin. Kononnya nak bercinta selepas nikah. Duduk serumah selama 15 hari, saya dah lari balik ke rumah ibu saya sebab terlalu banyak benda yang dia buat saya dapat tahu. Tambahan dengan layanan mak mertua yang 'sangat baik' itu.

Lagipun ayah mertua saya ketika itu baru sahaja meninggal dunia, sedih sangat kerana ayah mertua saya sangat baik dan saya sangat sayang padanya. Saya memang tidak berapa ingat alamat rumahnya dan tak ingat nama kampungnya, saya cuma ingat 'landmark' sahaja.

Sebenarnya saya bunting pelamin selepas nikah terus mengandung. Kalau dikira terjadi awal sikit sebab ianya dikira dari hari pertama period terakhir, sesiapa yang tahu kira memang boleh lah kira.

Sejak saya balik kampung setiap hari saya meminta diceraikan sehinggalah saya mengandung tiga bulan barulah dia ebrsetuju untuk menceraikan saya. Saya tak faham kenapa dia cakap Mikael bukan anaknya. Kalau bukan kenapa susah sangat nak ceraikan saya? Bab ini pun jangan keliru, orang kata saya mana boleh diceraikan ketika mengandung. Anda Salah! Boleh bercerai tetapi tempoh edah sehinggalah anak dilahirkan.

Kami bercerai dengan cara baik dan sama-sama bersetuju, tiada pergaduhan sehingga saya mengandung 5 bulan dia masih lagi memberi nafkah sebanyak RM300 sebulan. Selepas itu tiada lagi sehinggalah sekarang.

Saya pernah bertanya kepadanya, dia pernah memberitahu, ekonomi sedang ajtuh teruk sehinggakan tidak mampu untuk membayar bulanan kereta dan dia terpaksa sorokkan keretanya supaya tidak ditarik. Malah, ibunya sering sakit, kerap kali jatuh pengsan dan dia cakap ingin pergi ke Australia dan akan membawa ibunya ke sana.



Dia memang tidak memberitahu di mana keluarganya berada sehinggalah kes ini jadi viral, barulah saya tahu keluarganya berada di utara Kedah.

Saya berikan dia masa sebab saya yakin dia akan kembali bertanggungjawab ke atas anaknya selepas ekonominya stabil. Tetapi saya pernah menghantar mesej kepadanya dan dia menjawab ' tanggungjawab aku kau tak payah sibuk, itu antara aku dengan Allah', jadi saya terus berhenti berharap.

Dalam masa yang sama saya dapati melalui gambar profil di laman sosial Whatsapp dia kelihatan seperti senang, saya cuma pendamkan saja sehinggalah saya bermesej kepada kakak iparnya di facebook. Kakak iparnya terus menutup permintaan saya untuk menghantar mesej padanya. Saya terasa seperti tidak bermaruah apabila diperlakukan seperti itu. Disebabkan itulah saya berkongsi cerita saya di facebook sebelum ini.

Selepas kes ini jadi viral barulah saya tahu siapa lelaki ini dan saya sangat kasihan kepada Mikael kerana mempunyai ayah seperti ini. Dia tidak mengaku Mikael anaknya, menipu orang, skandal dengan isteri orang, mencuri barang orang, larikan gaji orang dan ada yang memberitahu saya, dia bukan di Australia tetapi di Korea. Saya terfikir, kenapa? Kenapa? Kenapa?

Jadi sekarang saya redha, mungkin sebab inilah Allah jauhkan saya dan anak saya dari dia. Andai satu hari anak saya tanya di mana ayah kandungnya, tidaklah saya pening nak menjawab. Andai satu hari nanti dia menyesal dan mencari anak saya, pada amsa itu ana saya tak sudi berjumpanya, tiada sebab lagi orang nak salahkan anak saya sebagai derhaka.

Saya mengaku sudah berkahwin lain tetapi saya belum pun habis pantang saya dah mula berkerja dengan mengikuti drama 43 episod iaitu 'Akad ku Yang Terakhir'. Disitulah saya mula mengenali suami sekarang. Dia Audioman dan saya tengok dia sangat sayang pada Mikael, keluarganya sangat sayang pada Mikael, disebabkan itu saya ebrsetuju untuk mengahwininya. Alhamdulillah, sehingga sekarang Mikael sangat manja dengan mereka. Layanan diberi umpama anak cucu sendiri. Saya langsung tidak merasa apa-apa kekurangan. Sekiranya ada yang menulis saya kehilangan suami, itu semua dusta dan salah faham.

Selepas saya tahu siapa lelaki ini, saya terus merasa lega dan tiada lagi tanda tanya. Tak perlulah sesiapa pun cari dia lagi. Mikael pun tak perlu dah jumpa dia atau kenal dia. Saya HARAMKAN MIKAEL mencari lelaki itu.


Terima kasih kepada semua yang berniat ingin membantu, yang mendoakan saya dan Mikael. Terima kasih kepada yang tahu cerita ini dan pernah tolong saya dan Mikael dari mengandung sehinggalah bersalin. Semoga apa jadi kepada saya dijadikan pengajaran kepada semua.

Bukan kerana inginkan publisiti, bukan inginkan apa-apa, saya cuma inginkan hak anak saya. Terima kasih. Di mana undang-undang Malaysia untuk lelaki seperti ini? -

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts