by Oh! Semput
Apple nampaknya sekali lagi menaikkan harga MacBook Neo di Apple Education Store, dengan harga kini bermula RM2,799 berbanding RM2,599 sebelum ini.
Kenaikan sebanyak RM200 ini menjadikan harga pendidikan MacBook Neo meningkat sebanyak RM700 sejak komputer riba itu diperkenalkan pada Mac lalu.
Ketika dilancarkan, MacBook Neo dengan storan 256GB ditawarkan pada harga pendidikan RM2,099, manakala model 512GB berharga RM2,499 melalui Apple Education Store.
Berdasarkan semakan ketika artikel ini ditulis, kenaikan kali ini hanya melibatkan harga di Apple Education Store. Sementara itu, harga jualan biasa MacBook Neo di Apple Store kekal tidak berubah sejak kali terakhir dinaikkan pada Jun lalu.
Bagi harga jualan biasa, MacBook Neo 256GB pada awalnya dijual pada harga RM2,499, manakala model 512GB berharga RM2,899. Pada Jun lalu, Apple menaikkan harga model 256GB sebanyak RM500 kepada RM2,999, sementara model 512GB naik kepada RM3,399.
{suggest}
Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi – Kini Bermula RM2,799 WISER.MY.