by Oh! Semput
Kenaikan harga berlaku selepas bahan bakar berkenaan mencatatkan penurunan sejak tiga minggu lalu.― Foto failKUALA LUMPUR, 17 Mei — Harga runcit petrol dan diesel masing-masing naik 7 sen dan 4 sen seliter bermula tengah malam ini.
Kenaikan itu berlaku selepas harga bahan bakar berkenaan mencatatkan penurunan sejak tiga minggu lalu.
Menerusi harga baharu itu, RON95 dijual pada RM2.08 seliter dan RON97 RM2.36 seliter sehingga 24 April ini.
Harga baharu diesel pula ialah RM1.99 seliter bermula tengah malam ini.