Harimau Malaysia Ranking 20 Teratas Tahun 2050

by Oh! Semput


4
SHARES
56
VIEWS
Posted on 27 Jan 2017 02:00:39

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak menetapkan sasaran bagi skuad Harimau Malaysia untuk menduduki kelompok 20 teratas dalam ranking bola sepak dunia pada 2050.

Perdana Menteri berkata, hasrat itu merupakan antara matlamat jangka masa panjang Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang merupakan hala tuju negara atau visi baharu bagi tempoh 30 tahun lagi.

“Kalau boleh bola sepak juga berada dalam kedudukan 20 ter­atas di dunia, kalau boleh capai, akan menjadi satu kebanggaan.

“Kita tidak mahu pemain kita hanya bermain dalam Divisyen Dua atau Liga Perdana, tetapi sebaliknya Liga Super, mudah-mudahan ini akan beri semangat kepada kita dengan asasnya mestilah rasa kasih dan cinta kepada negara,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Khas Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Skuad Harimau Malaysia kini berada di posisi yang rendah de­ngan menduduki tangga ke-161 dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Najib sebelum itu menyatakan harapannya agar visi TN50 memberi kesan besar dan menaikkan semangat rakyat untuk turut sama membangunkan negara.

Perdana Menteri berkata, hasrat tersebut seiring dengan sasaran untuk meletakkan Malaysia berada pada kedudukan 20 negara teratas di dunia menerusi TN50.

Sehubungan itu, menurutnya, dalam usaha mencapai TN50 kerajaan mengalu-alukan pelbagai pihak termasuk penjawat awam untuk memberi pandangan me­ngeni lakaran visi baharu TN50 itu.

“Ini akan membolehkan negara mencapai dua matlamat jangka pertengahan dan panjang iaitu pertumbuhan ekonomi daripada RM1.3 trilion kepada RM2 trilion serta memastikan Malaysia berada pada kedudukan 20 negara teratas dunia,” katanya.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts