Harith Iskander Mara Ke Final Funniest Person In The World

by Oh! Semput


12
SHARES
158
VIEWS
Posted on 07 Dec 2016 11:00:27

PELAWAK terkenal Harith Iskander melangkah setapak ke hadapan apabila namanya diumumkan layak ke pertandingan akhir ‘standup comedy’ antarabangsa, Funniest Person In The World yang berlangsung di Helsinki, Finland, semalam,

Dalam pertandingan pada peringkat separuh akhir itu, Harith difahamkan telah berjaya menduduki tempat pertama, menewaskan tujuh peserta lain yang mewakili lima buah negara.

“Pemarkahan dilakukan berdasarkan dua kaedah, iaitu melalui sistem penjurian serta undian online yang dibuat oleh pengguna Internet.

Harith Iskander Mara Ke Final Funniest Person In The World

“Saya tidak tahu markah undian online saya. Cuma, saya memperoleh 29 markah daripada 30 markah daripada tiga juri professional,” katanya yang memetik Sinar Harian.

Pengacara program bual bicara, Obviously Harith Iskander itu bakal bersaing di final bersama empat finalis lain seperti Alex Calleja daripada Filipina, Mino Van Nassau (India), David Kilimnick (Israel) dan Katerina Vrana (Greece) di Levi, Finland, esok.

Harith Iskander Mara Ke Final Funniest Person In The World

Menurut Harith dia akan cuba buat yang terbaik pada malam final nanti di mana dia mengharapkan majoriti rakyat Malaysia akan mengundinya, sekaligus memberikan peluang cerah kepadanya untuk bergelar juara.

“Saya belum dapat link laman sesawang yang membolehkan netizen mengundi saya. Sekiranya menerima link tersebut, saya akan umumkan di Facebook dan Twitter rasmi saya.

“Saya harapkan undian serta doa masyarakat agar saya boleh memenangi pertandingan ini. Amin,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts