Harry Styles Lancarkan Album Solo

by Oh! Semput


5
SHARES
69
VIEWS
Posted on 14 May 2017 05:00:07

Penantian yang menyakitkan buat peminat-peminat fanatik Harry Styles kini berakhir pabila bintang popular ini kini melancarkan album solonya dengan penuh jaya.

Gambar : Google

Harry yang menamakan album solonya bersandarkan namanya sendiri mengandungi 10 buah lagu. Gara-gara berita gembira ini, media sosial kini sarat dengan berita mengenai album tersebut.

Berikut adalah 10 buah lagu di dalam album Harry Styles.

1. Meet Me in the Hallway

2. Sign of the Times

3. Carolina

4. Two Ghosts

5. Sweet Creature

6. Only Angel

7. Kiwi

8. Ever Since New York

9. Woman

10. From the Dining Table

“Saya ingin lihat jika saya boleh menulis sesuatu yang orang suka, tanpa mereka tahu segalanya tentang saya,” ujar Harry menerusi sebuah dokumentari mengenai pembikinan album solonya.

Single pertamanya sebelum ini yang berjudul Sign of the Times adalah lagu balada rock mengenai seorang wanita yang mati ketika melahirkan anak yang bersandarkan pada runut gitar solo dan nyanyian koir seakan dari pintu syurga.

Peminat Harry semestinya tahu yang itu adalah antara lagu yang bintang ini idam untuk cipta setelah sekian lama dan sudah bekerja dengan Snow Patrol’s Gary Lightbody sejak tahun 2013.

Tidak diragukan yang album solo Harry Styles ini mampu mendahului Ed Sheeran pada carta lagu minggu hadapan. Namun tidak dapat dipastikan jika lagu-lagunya boleh bertahan selama berapa minggu ke hadapan.

Album tersebut dikatakan satu ciptaan campuran terbaik, unik, awkward, bijak dan sarat dengan soft rock era 1970-an.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts