Hazwan Bakri Kini Milik JDT

by Oh! Semput


HOME Posted on 13 Dec 2016 22:01:02



Hazwan BakriAhmad Hazwan Bakri kini milik JDT

MASA depan Ahmad Hazwan Bakri akhirnya terjawab apabila penyerang skuad Harimau Malaysia dan Selangor itu sah menyertai pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) musim depan.

Difahamkan, jumlah keseluruhan yuran perpindahan Hazwan itu termasuk kos menebus baki kontrak setahun yang bernilai RM600,000 dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mencecah hampir RM1 juta bagi membolehkan pemain kelahiran Labuan itu menyarungkan jersi Harimau Selatan.

Namun, perpindahan itu bukan satu kejutan kerana pemilik Johor DT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini bertitah bahawa pihaknya akan menghantar surat rasmi kepada FAS untuk mendapatkan Hazwan secara sah.

Kini, Hazwan merupakan pe­main Selangor kedua menyertai skuad Harimau Selatan itu selepas pemain tengah, Nazmi Faiz Mansor.

Bagaimanapun, Pengarah Agensi dan Bakat MVP Sports Agency merangkap ejen Hazwan, Hafizan Halim enggan mendedahkan nilai sebenar yuran perpindahan kliennya itu ke Johor DT.

Sebaliknya, Hafizan hanya mengesahkan bahawa Hazwan telah sah menyertai gergasi Harimau Selatan itu secara rasmi semalam dan bakal menyarung jersi nombor 9 skuad tersebut pada musim depan.

Hazwan dilaporkan telah menandatangani perjanjian selama dua tahun bersama Johor DT.

“Saya boleh katakan bahawa Hazwan sah menyertai Johor DT. Sepatutnya proses perpindahan itu berlaku hari ini (semalam) tetapi memandang­kan semua pejabat termasuk Johor DT cuti sempena sambutan Maulidur Rasul, maka proses itu akan dilaksanakan esok (hari ini). Jadi, saya tidak fikir akan berlaku masalah lagi.

“Esok (hari ini) pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan pihak FAS akan bersemuka untuk menyelesaikan beberapa proses akhir dokumen perpindahan Hazwan ke Johor DT.

“Saya tidak boleh dedahkan ni­lai sebenar yuran perpindahan Hazwan ke Johor DT tetapi apa yang boleh saya mengesahkan adalah klien MVP sah secara rasmi menyertai Johor DT. Jadi, Hazwan kini adalah pe­main Johor DT yang sah,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! semalam.

Semalam, Johor DT di laman Facebook rasminya, Johor

Southern Tigers memuatkan naik kenyataan: “Selamat datang Haz­wan Bakri. Luaskan Kuasa­mu Johor.”

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...