Bot TLDM hilang sejak Sabtu lalu berjaya dikesan

by Oh! Semput


7
SHARES
93
VIEWS
Posted on 22 May 2017 15:02:06

Bot KD Perdana TLDM yang terputus hubungan sejak Sabtu lepas berjaya dikesan di kedudukan 90 batu nautika timur Kuantan. -- Foto ihsan Facebook/Navy The BestBot KD Perdana TLDM yang terputus hubungan sejak Sabtu lepas berjaya dikesan di kedudukan 90 batu nautika timur Kuantan. -- Foto ihsan Facebook/Navy The BestKUALA LUMPUR, 22 Mei — Bot KD Perdana Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terputus hubungan sejak Sabtu lepas berjaya dikesan di kedudukan 90 batu nautika timur Kuantan.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin mengesahkan perkara itu menerusi akaun Twitter rasminya.

Beliau berkata bot KD Perdana dikesan pesawat pantai ‘beechcraft’ milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) susulan penemuan awalnya oleh sebuah kapal dagang.

Kapal KD Perdana dilapor terputus hubungan dengan bot yang membawa Tim Menggeledah ketika mengusir bot nelayan asing di perairan Sedili pada Sabtu lepas.

TLDM dalam kenyataan hari ini berkata kapal berkenaan diketuai seorang pegawai dan lapan anggota laskar kanan ke bawah yang melaksanakan rutin rondaan maritim di kawasan perairan negara. — Bernama

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts