84,000 hilang tempat tinggal akibat gempa di Aceh

by Oh! Semput


5
SHARES
67
VIEWS
Posted on 13 Dec 2016 12:00:57

PELARIAN Aceh beratur untuk bersantap di gempa bumi tempat tinggal selepas 6.5 magnitud di Pidie Jaya, Aceh. – Foto AFP

JAKARTA: Jumlah mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi di barat Indonesia meningkat kepada hampir 84,000 orang, menyebabkan pihak berkuasa bergelut menjaga mereka, kata seorang pegawai hari ini.

Gempa cetek minggu lalu mengorbankan lebih 100 orang dan mencederakan ratusan lain apabila ia menggegarkan wilayah Aceh, satu daripada kawasan paling teruk terjejas akibat tsunami mega di Lautan Hindi pada 2004.

Ribuan rumah, premis perniagaan dan masjid menjadi rata akibat gempa magnitud 6.5, melanda sebelum Subuh ketika ramai penduduk di rantau itu bersiap sedia menunaikan solat.

Hospital dan klinik lapangan segera penuh sesak akibat ramai mangsa yang cedera, manakala dapur dan pusat perlindungan dipenuhi penduduk yang sehelai sepinggang.

Ketika skala bencana itu terus didedahkan, jumlah mangsa yang kehilangan tempat tinggal hampir dua kali ganda kepada lebih 83,800 orang, kata jurucakap agensi bencana Sutopo Purwo Nugroho.

“Penduduk ketakutan dan bimbang dengan gempa susulan, justeru lebih selesa ditempatkan di pusat pemindahan. Masalahnya, bekalan air di sesetengah pusat tidak begitu baik,” katanya menambah, telaga menjadi kering sejak gempa.

Bantuan mula sampai ke kawasan teruk terjejas, namun bantuan segera makanan, pakaian dan produk sanitasi, amat diperlukan, kata agensi. -AFP

Category: Dunia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts