Honor Dilaporkan Bakal Lancar 5 Lagi Telefon Baharu Sebelum 2026 Berakhir

by Oh! Semput


6
SHARES
74
VIEWS
Posted on 17 Aug 2026 11:00:16

Honor dilihat semakin agresif dalam memperkenalkan teknologi telefon pintar yang unik.

Selepas kejayaan pelancaran Robot Phone di China, jenama ini dilaporkan bakal terus sibuk dengan pelancaran model peranti baharu sebelum berakhirnya tahun 2026 ini.

Honor dilaporkan bakal memperkenalkan sehingga lima barisan telefon pintar baharu antara September hingga Disember 2026.

Bermula dengan Honor Magic 9 Series yang dijadualkan September ini, ia dijangka hadir dengan cip Snapdragon 2nm dan teknologi kamera hasil kerjasama dengan ARRI, menjanjikan prestasi serta fotografi bertaraf profesional.

Oktober pula bakal menyaksikan kelahiran Honor Win 2 Series, telefon gaming dengan bateri lebih 10,000mAh, sistem penyejukan kipas terbina, serta skrin OLED 6.89 inci berresolusi 2K+ dengan kadar segar semula 185Hz.

Tidak ketinggalan, segmen pertengahan seperti Honor 700 Series, Power 3, dan X Series turut akan dilancarkan.

Fokus utama adalah kapasiti bateri luar biasa sehingga 12,000mAh, menjadikan telefon ini pilihan ideal untuk pengguna yang mahukan ketahanan maksimum pada harga berpatutan.

Untuk pasaran Malaysia, antara barisan produk utama Honor yang sudah dilancarkan termasuklah Siri HONOR 600, Honor Magic V6, HONOR Watch 6 dan HONOR MagicPad 4.

Honor bakal menutup tahun 2026 ini dengan menggempur pasaran dan meninggalkan momentum luar biasa, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pencabar utama dalam industri telefon pintar global.

{suggest}

Honor Dilaporkan Bakal Lancar 5 Lagi Telefon Baharu Sebelum 2026 Berakhir WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts