Honor Magic V7 Mungkin Dilancarkan Sebagai Peranti Lipat Skrin Lebar

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 19 Nov 2026 03:30:47

Trend tahun 2026 ialah telefon pinta lipat dengan skrin lebar. Samsung Galaxy Z Fold8, iPhone Duo, Huawei Pura X dan Xiaomi 18 Fold ialah antara yang telah dilancarkan. Dengan rekaan lebih kompak, peranti lipat skrin lebar lebih mudah digunakan.

Kini muncul ura-ura Honor Magic V7 kelak juga akan dilancarkan sebagai telefon lipat skrin lebar. Setelah sekian lama hanya menawarkan peranti skrin lipat bersaiz besar, Honor kini bersedia untuk menawarkan siri V dalam saiz lebih selesa digunakan sebelah tangan.

Sekiranya ini berlaku ia tidaklah mengejutkan. Tidak mengejutkan juga jika rekaannya mirip Huawei Pura X kerana kedua-dua syarikat masih berkongsi DNA. Sebagai pengguna Z Fold8 dan iPhone Duo, saya boleh mengatakan rekaan lebih kecil ialah pilihan terbaik untuk siri V. Ia bukan sahaja lebih kecil tetapi juga lebih ringan memudahkan ia dibawa ke mana-mana sahaja.

– GSMArena

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts