Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999

by Oh! Semput


1
SHARES
10
VIEWS
Posted on 24 Nov 2026 11:00:11

HONOR Magic9 Pro Max kini rasmi di Malaysia yang menetapkan penanda aras baharu peranti flagship dengan gabungan prestasi berkuasa, keupayaan fotografi bertaraf sinema serta ketahanan bateri luar biasa.

Dari segi prestasi, Magic9 Pro Max dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 yang dipadankan bersama cip pengimejan khas HONOR Imaging Chip H1, memori 12GB RAM serta storan dalaman 512GB.

Magic9 Pro Max 3

Ia turut beroperasi menggunakan sistem operasi terkini MagicOS 11 berasaskan Android 17 yang dilengkapi pelbagai ciri pintar termasuk integrasi Google Gemini serta butang khas AI.

Paparan hadapannya menampilkan skrin LTPO OLED bersaiz 6.8 inci dengan kadar segar semula pintar 1-120Hz, resolusi 1320×2868 piksel serta tahap kecerahan puncak mencecah 10,000 nits.

Skrin ini turut dilindungi lapisan HONOR Anti-Scratch NanoCrystal Shield.

Magic9 Pro Max 2

Fotografi menjadi taruhan utama HONOR Magic9 Pro apabila menampilkan tetapan tiga kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 200MP Ultra Night (OIS, penstabilan tahap gimbal CIPA 8.0), kamera telefoto 200MP Ultra Night (OIS), dan lensa ultra-lebar 50MP, manakala bahagian hadapan menempatkan kamera swafoto 55MP.

Malah kolaborasi dengan ARRI menjadikan kamera peranti ini lebih berkuasa di mana ia menyokong teknologi sains imej ARRI dengan rakaman video sehingga 4K 60fps.

Endframe_Vertical 01 (1)
Telefon pintar ini turut memperkenalkan ARRI 4K LiveVideo yang pertama dalam industri. Ciri ini merakam detik tiga saat dalam gaya sinematik, dengan sokongan untuk kesemua 87 ARRI Looks dan nisbah aspek 2.39:1

Melengkapkan spesifikasi peranti seberat 233 gram ini ialah Bateri silikon-karbonri berkapasiti 8,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas berwayar 100W dan wayarles 80W, selain pengiktirafan kalis air dan debu IP68, IP69 serta IP69K.

Tersedia dalam pilihan warna Moss Green, Glacier Silver dan Shadow Black, HONOR Magic9 Pro  ditawar dalam 1 varian sahaja (12GB+512GB) pada harga RM5,999.

Peranti ini boleh dibeli di kedai-kedai di seluruh negara mulai 4 Disember 2026.

Tapi, bagi mereka yang membuat pra tempahan, anda akan menerima hadiah bernilai lebih RM4,000.

1200 x 1200_Square
Pra-tempah sekarang untuk nikmati pakej hadiah PERCUMA berjumlah RM4,009, termasuk rebat segera RM300, kupon Professional Imaging Kit bernilai RM300 dan pembesar suara Harman Kardon.

Atau, bagi mereka yang mahu membeli aksesori tambahan bagi menjadikan kamera Magic9 Pro lebih berkuasa, HONOR memperkenalkan Teleconverter G200,  Teleconverter G500 serta HONOR SmallRig Mobile Video Kit.

Anda boleh membeli secara berasingan pada harga seperti yang dipaparkan di bawah.

Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999

Selain pelancaran Magic9 Pro, HONOR turut mengumumkan kehadiran tablet terbaru mereka, HONOR Pad X9b Max yang dijual pada harga RM1,499.

HONOR Pad X9b Max_SM

{produk}

{suggest}

Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts