Honor Magic9 Super Edition Diperkenalkan Dengan Bateri Besar 11,000mAh 

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 28 Sep 2026 17:00:31

Selain model standard Magic 9 dan Magic 9 Pro Max, siri ini turut memperkenalkan Magic 9 Super Edition. Versi ini hadir dengan bateri berkapasiti terbesar yang pernah digunakan dalam siri Magic. Namun begitu, penggunaan bateri sebesar ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia pernah diperkenalkan sebelum ini pada model X9e Pro.

Peranti ini dilengkapi dengan skrin OLED 6.81″ dengan reka bentuk rata. Skrin tersebut menyokong resolusi 2788 x 1280 piksel, kadar segar semula 120Hz serta lebih 1 bilion warna dengan sokongan HDR (tanpa Dolby Vision). Ia turut mampu mencapai kecerahan maksimum sehingga 2,000 nit secara keseluruhan dan sehingga 10,000 nit pada bahagian tertentu. Selain itu, teknologi PWM 3840Hz bersama kecerahan minimum 1 nit juga digunakan untuk bantu mengurangkan ketegangan mata.

Sorotan utama peranti ini ialah bateri berkapasiti 11,000mAh dengan pengecasan pantas 80W berwayar dan 50W nirwayar. Ia dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Sistem kamera pula menggabungkan sensor utama 200MP Samsung S5KHP5 dengan OIS, telefoto 50MP Sony LYTIA 500 dengan zum optikal 3x dan OIS, serta ultra lebar 12MP. Untuk swafoto, ia dilengkapi kamera hadapan 50MP.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts