HONOR Robot Phone Dilancarkan – Telefon Dengan Kamera Gimbal Terbina

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 12 Aug 2026 14:00:55

Selepas menunjukan untuk pertama kalinya di MWC Barcelona yang lepas, hari ini di Shenzhen China, HONOR secara rasminya melancarkan satu spesis terbaru untuk telefon pintar iaitu HONOR Robot Phone.

HONOR Robot Phone merupakan sebuah peranti yang dilengkapi dengan sistem gimbal terbina di dalam selain mempunyai spesifikasi sebuah peranti mercu seperti dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang digabung dengan RAM sehingga 16GB.

Gimbal yang dimuatkan didalam HONOR Robot Phone menggunakan mikro motor yang 70% lebih kecil dari kebanyakan mikro motor yang ada dalam industri. Lebih menarik, HONOR berkolaborasi dengan jenama kamera sinema ARRI dalam memberikan warna dan kemasan dalam video lebih menarik.

HONOR Robot Phone juga mempunyai kamera 200MP yang terbina dalam gimbal, 200MP periskop telefoto dan juga 50MP ultra-lebar sebagai pelengkap.

Pengguna dapat beberapa pilihan LUT dari ARRI kerana pada HONOR Robot Phone ini terdapat kebolehan untuk merekod dalam format ARRI LogC3 yang boleh memberikan dynamic range yang lebih baik.

HONOR Robot Phone juga dilengkapi dengan bateri sebesar 7060mAh Silicon Carbon didalam tubuh sekecil 6.31”. Ia turut menggunakan skrin OLED 120Hz LTPO dengan tahap kecerahan sehingga 6800nit.

HONOR Robot Phone dijual dipasaran China dengan tanda harga 9999RMB untuk 12/512GB dan 12999RMB untuk 16/1TB. Buat masa ini tiada apa-apa berita tentang kemasukan peranti ini ke pasaran lain.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts