Honor Pad X9b Max Turut Dilancarkan Dengan Skrin 13-Inci – Harga RM1499

by Oh! Semput


2
SHARES
20
VIEWS
Posted on 24 Nov 2026 10:30:42

Selain Honor Magic9 Pro Max, tablet Honor Pad X9b Max turut dilancarkan ke pasaran Malaysia hari ini. Tablet dilengkapi skrin 13″ LCD dengan kadar segar semula 120Hz dan nisbah 16:10 yang dipadankan dengan cip Snapdragon Snapdragon 6s 4G Gen 2, memori 6GB RAM dan storan 256GB. Storan boleh ditambah dengan kad micro SD sehingga 2TB.

Kamera utama di belakang sebesar 5MP sementara kamera swafoto juga 5MP. Peranti dilengkapi bateri 10,100mAh yang menurut Honor menawarkan masa penggunaan sehingga 16 jam untuk penstriman. Sistem audio terdiri daripada empat speaker dengan sokongan empat speaker dengan sokongan DTS:X.

Sistem operasi masih lagi MagicOS 10 berasaskan Andrid 16. Berat adalah sekitar 618g dengan ketebalan 6.72mm. Terdapat sokongan untuk stylus Magic Pencil 4s dan papan kekunci Bluetooth. Dengan aksesori papan kekunci, Honor Magic9 Pro Max boleh digunakan seakan sebuah komputer riba.

Di Malaysia Honor Magic9 Pro Max ditawarkan pada harga RM1499 sebuah dalam warna kelabu serta sokongan Wi-Fi sahaja. Pembeli awal akan turut menerima aksesori papan kekunci fizikal Bluetooth dan Magic Pencil 4s bernilai RM598 secara percuma.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts