Huawei Pura X Max Akan Dilancar 20 April

by Oh! Semput


6
SHARES
78
VIEWS
Posted on 14 Apr 2026 04:00:21

Ketika Apple masih diura-urakan bakal memperkenalkan telefon lipat skrin lebar, Huawei nampaknya selangkah ke hadapan apabila mengesahkan peranti dengan konsep nisbah serupa, Huawei Pura X Max, akan dilancarkan di China pada 20 April 2026.

Menjelang pelancaran, Huawei turut mendedahkan rekaan peranti ini serta pilihan warna yang akan ditawarkan.

Spesifikasi tepat masih belum didedahkan dalam penyenaraian awal Huawei, namun peranti ini dilihat hadir dengan reka bentuk lebih lebar berbanding Pura X sebelum ini. Apabila dibuka, nisbah skrin di bahagian dalam dianggarkan 16:10, dengan saiz sekitar 7.6 inci.

Peranti ini turut memaparkan penggunaan modul kamera belakang dengan tiga lensa yang ditempatkan dalam bonggol mendatar berbentuk kapsul.

Selain itu, Pura X Max dijangka akan dikuasakan cip siri Kirin 9030 bersama konfigurasi memori dan storan 12GB/256GB, 12GB/512GB, 16GB/512GB serta 16GB/1TB.

Untuk warna, Huawei menawarkan beberapa pilihan termasuk Interstellar Blue, Olive Gold, Phantom Night Black, Vibrant Orange dan Zero Degree White.

Huawei telah pun membuka prapesan Huawei Pura X Max di China, dengan pelancaran rasmi dijadualkan pada 20 April bersama siri Pura 90.

{suggest}

Huawei Pura X Max Akan Dilancar 20 April WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts