by Oh! Semput
Huawei memperkenalkan nova 16s dan nova 16s Pro untuk pasaran global sebentar tadi. Model kelas pertengahan premium ini hadir dengan reka bentuk elegan serta pilihan warna unik.

Huawei Nova 16s Pro dilengkapi skrin OLED 6.84 inci dengan sokongan kadar segar semula 120Hz, 2160Hz PWM Dimming dan paparan 1.07 bilion warna. Ia dipadankan dengan cip Kirin 9010S, storan dalaman 512GB serta sistem operasi EMUI 16 terkini.

Sistem kamera belakang terdiri daripada sensor utama 200MP RYYB Ultra-Large Sensor OIS, telefoto periskop 50MP RYYB dan ultra-lebar 50MP. Peranti ini menyokong zum optikal 3.7x dan sehingga 100x zum digital, manakala kamera hadapan ialah 50MP dengan sokongan rakaman video sehingga 4K.

Bateri 7000mAh yang digunakan menyokong teknologi 100W Huawei SuperCharge Turbo untuk pengecasan pantas. Dari segi rangkaian, peranti ini menyokong 5G dwi-SIM, Wi-Fi 7 (802.11be), Bluetooth 6.0, NFC serta pelbagai sistem navigasi global.

Huawei Nova 16s hadir dengan skrin OLED 6.68 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz, 2160Hz PWM Dimming serta paparan 1.07 bilion warna. Tunjang utamanya dikuasai oleh cip Kirin 8020 bersama storan dalaman 512GB, bateri 7000mAh dengan pengecasan pantas 100W, serta sistem operasi EMUI 16.

Tetapan kamera terdiri daripada sensor utama 50MP, telefoto periskop 50MP RYYB OIS serta True-to-Colour Camera. Peranti ini turut menyokong zum optikal 3.3x dan sehingga 100x zum digital, sementara itu kamera swafoto 50MP pula menyokong rakaman video sehingga 4K. Huawei juga melengkapkan peranti ini dengan pelbagai fungsi termasuk pengimbas cap jari, NFC dan Bluetooth 6.0.