by Oh! Semput
Hugging Face merupakan salah satu perkhidmatan yang memudahkan pembangun untuk berkongsi model pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan, serta dataset melaluinya. Diasaskan pada 2016, dan popularitinya meningkat naik sejak letusan penggunaan kecerdasan buatan.

Pelbagai syarikat menggunakan Hugging Face untuk berkongsi model AI dalam bentuk sumber terbuka. Selain secara perisian, Hugging Face pada tahun lepas turut telah mengambil-alih syarikat robotik dalam memperkukuhkan lagi portfolio mereka. Baru-baru ini, nama Hugging Face turut disebut ramai apabila ejen AI milik OpenAI telah menggodam perkhidmatan berkenaan.
Terbaru, ia dilaporkan Hugging Face sedang pertimbang untuk dijual pada nilai $13 bilion, dan telah mula mencari pemilik baharu untuknya. Buat masa ini, ia tidak diketahui siapakah yang akan mendapatkan Hugging Face. Dengan pembelian OpenRouter oleh Stripe baru-baru ini, ia dijangka Hugging Face turut akan menerima permintaan tinggi, selari dengan letusan arena kecerdasan buatan.