by Oh! Semput
Tindakan pelakon Zain Saidin membantu rakannya berniaga nasi lemak mencuri perhatian wargamaya.
Menerusi rakaman skrin yang dikongsikan di Threads, Zain dilihat tekun melipat kertas pembungkus makanan sementara rakannya sibuk melayan pelanggan yang datang membeli.
Dalam sesi siaran langsung tersebut, Zain turut sempat berinteraksi dengan pelanggan sekali gus menceriakan suasana di gerai berkenaan.
“Rajin Zain tolong kawan dia meniaga nasi lemak.”
“Ingatkan dia yang meniaga tadi.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Zain malah ada yang berkongsi pengalaman pernah terserempak dengannya.
Segelintir netizen turut menyifatkan pelakon itu sebagai seorang yang rendah diri dan mesra meskipun sudah lama dikenali dalam industri hiburan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Humble Je Dia..” – Zain Saidin Curi Perhatian, Selamba Bantu Rakan Jual Nasi Lemak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.