Polis Siasat Dakwaan Penangkap Anjing Liar Tunjuk Isyarat Lucah

by Oh! Semput


5
SHARES
61
VIEWS
Posted on 18 Sep 2026 15:00:46

Polis menjalankan siasatan terhadap dakwaan seorang pekerja kontraktor pengurusan haiwan terbiar menunjukkan isyarat tangan berunsur lucah kepada seorang wanita ketika operasi menangkap anjing terbiar di Sri Gading, Batu Pahat, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata pihaknya menerima laporan daripada wanita tempatan berusia 29 tahun pada jam 2.02 pagi Jumaat berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, insiden dipercayai berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika wanita berkenaan melalui sebuah kawasan perumahan di Sri Gading yang ketika itu menjadi lokasi operasi menangkap haiwan terbiar.

Operasi berkenaan dijalankan oleh beberapa pekerja sebuah kontraktor yang dilantik pihak berkuasa tempatan bagi menguruskan masalah haiwan terbiar di kawasan berkenaan.

Perselisihan faham kemudian berlaku antara pengadu dengan kumpulan pekerja tersebut sebelum seorang daripada pekerja terbabit didakwa menunjukkan isyarat tangan yang dianggap berunsur lucah serta mengaibkan.

Susulan laporan yang dibuat, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336). Siasatan akan dijalankan bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian serta menentukan sama ada berlaku sebarang kesalahan seperti yang didakwa.

Kes itu mendapat perhatian selepas rakaman video berkaitan operasi berkenaan tular di media sosial. Video tersebut didakwa memaparkan pekerja kontraktor mengendalikan seekor anjing terbiar sebelum berlaku teguran dan pertikaian dengan individu yang merakam kejadian.

Dalam perkembangan sama, Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) memaklumkan pihaknya akan memanggil kontraktor yang dilantik untuk menguruskan haiwan terbiar serta wakil pencinta haiwan bagi mendapatkan penjelasan mengenai insiden berkenaan.

MPBP turut menegaskan komitmennya untuk memastikan setiap operasi pengurusan haiwan terbiar dilaksanakan secara telus, teratur dan mengambil kira aspek keselamatan komuniti serta kebajikan haiwan.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat kesimpulan berdasarkan rakaman yang tular semata-mata kerana siasatan polis dan penjelasan daripada pihak berkaitan masih diperlukan bagi menentukan perkara sebenar yang berlaku.

Polis Siasat Dakwaan Penangkap Anjing Liar Tunjuk Isyarat Lucah first appeared on #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts