by Oh! Semput
Anthropic kini telah membuka sebuah makmal khusus di Amerika Syarikat, dengan tujuan memfokuskan kepada kajian dan kerja-kerja melibatkan biologi. Ini juga turut membuatkan Anthropic turut memperluaskan misi mereka melangkaui arena kecerdasan buatan janaan, dan turut menyertai dalam perlumbaan perubatan dan biologi.
Makmal berkenaan dijangka akan turut memfokuskan kepada pembangunan perubatan bagi penyakit-penyakit yang jarang dijumpai. Makmal berkenaan dibentuk memandangkan untuk kajian akhir bukan sahaja sekadar pengiraan menggunakan komputer, tetapi turut perlu lakukan kajian fizikal. Langkah Anthropic ini juga turut digambarkan sebagai syarikat-syarikat bioteknologi yang lain.
Bergerak kehadapan juga, Anthropic ingin meneroka supaya Claude AI boleh mengarahkan robot dalam membuat eksperimen sains dengan pemantauan manusia yang sangat minima. Ini juga dijangka akan membawa kepada kebolehan mengautomasikan kerja-kerja makmal, serta mempercepatkan lagi sesuatu kajian dilaksanakan.
Perkongsian ini hadir daripada Anthropic, selepas sejak beberapa hari kebelakangan ini AI dikaitkan dengan kemusnahan manusia, dan dengan langkah ini, Anthropic berusaha memperlihatkan AI turut boleh digunakan demi tujuan kebaikkan.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan apakah bentuk kajian baharu yang akan dilaksanakan oleh Anthropic, dan apakah antara penemuan baharu mereka kelak.