by Oh! Semput
Satu perkongsian di Threads mencetuskan perhatian selepas seorang individu mendakwa seorang lelaki yang dikenali sebagai Madi menggunakan kisah anaknya yang sakit ketika berkongsi mengenai kesukaran menjaga keluarga.
Menurut hantaran tersebut, individu berkenaan mendakwa bahawa ibu kepada kanak-kanak terbabit, yang disebut sebagai Mama Imani, merupakan pihak yang banyak menjaga Imani sepanjang hari.


Perkara itu menjadi pertikaian apabila Madi dikatakan menerima bantuan daripada Team Vain Lew, termasuk wang tunai RM10,000 serta sebuah rumah bernilai RM300,000.
“MAMA IMANI yang jaga IMANI pagi petang siang malam. Tapi si Madi ni boleh cakap dia struggle jaga anaknya yang sakit sampai dapat cash 10K & rumah bernilai 300K dari Team Vain Lew.”
Pengguna tersebut kemudian menyeru Team Vain Lew supaya menyemak semula keadaan sebenar dan mendakwa bantuan berkenaan lebih wajar diberikan kepada Mama Imani.

Bagaimanapun, dakwaan yang dibuat menerusi Threads itu belum dapat disahkan secara bebas.
Susulan perkara tersebut menjadi perhatian, Vain Lew dilihat tampil memberikan respons menerusi ruangan komen di TikTok.
Menurutnya, pihaknya kini sedang berhubung dengan Mama Imani dan telah membaca mesej serta maklum balas yang diberikan orang ramai.

“Buat masa ini, Team Vain sedang berhubung dengan Mama Imani. Kami telah membaca setiap mesej dan maklum balas yang diberikan oleh anda semua.”
Tambahnya, pihaknya akan cuba membantu dan memastikan bantuan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak.
“Jangan risau, Team Vain akan cuba sedaya upaya untuk membantu dan memastikan perkara yang sepatutnya diperjuangkan untuk mereka yang benar-benar layak, dapat dilakukan dengan sebaik mungkin.”
Vain turut memaklumkan bahawa pihaknya berharap dapat memberikan perkembangan lanjut mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat.
Setakat ini, belum ada pengumuman bahawa hadiah wang tunai atau rumah tersebut akan ditarik balik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Mama Imani Yang Patut Dapat…” – Lelaki Didakwa Guna Kisah Anak Sakit Hingga Terima Rumah RM300K & RM10K, Team Vain Lew Tampil Respons first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.