Impak FDI Kepada Rakyat Dan Negara

by Oh! Semput


6
SHARES
73
VIEWS
Posted on 18 Jan 2017 09:00:50

FDI

SEBAGAI sebuah negara yang sedang membangun, kemasukan pelaburan asing tidak kira dari mana-mana negara amat penting kepada Malaysia.

Persoalannya, adakah kita sebagai rakyat Malaysia memahami atau mengetahui kepentingan pelaburan langsung asing (FDI) kepada negara?

Jika tidak faham, pastinya kita akan mengkritik langkah kerajaan membawa masuk pelaburan dari mana-mana negara seperti negara China.

Apa bezanya pelaburan dari negara China dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Korea Selatan?

Sudah tentu tiada bezanya, kerana semua pelaburan asing yang diterima Malaysia memberikan kebaikan kepada negara ini sekali gus rakyat mendapat manfaat daripada hasilnya.

Jadi, adakah benar apabila ada suara-suara mendakwa Malaysia menjual kedaulatan negara dengan menerima pelaburan daripada negara China?

Pelaburan dalam bentuk FDI dari negara mana pun mengambil kira kepentingan negara, jadi tidak timbul kedaulatan Malaysia akan terjejas.

Negara China, Jepun atau AS sekalipun. Semuanya tiada beza. Yang dibawa masuk tetap sama iaitu pelaburan, yang berbeza hanya negara.

Dalam era dunia yang saling berkaitan dan fenomena globalisasi ketika ini, sesuatu pelaburan itu pastinya memberikan kebaikan kepada negara.

Jika dilihat apa yang dilakukan, adakah kerajaan Malaysia tidak seirus dalam membawa masuk pelaburan asing ke dalam negara?

Pelbagai langkah dilakukan kerajaan untuk menggalakkan pelaburan asing. Antaranya menyediakan kemudahan prasarana dan infrastruktur yang lengkap.

Kemudahan asas yang lengkap seperti jaringan pengangkutan yang cekap, sistem telekomunikasi dan bekalan air dan elektrik.

Mengenai pelaburan asing dari China, apabila China mahu melabur di Malaysia, perkara ini menunjukkan negara tembok besar itu yakin dengan cara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mentadbir negara.

Lawatan rasmi Najib ke China pada November tahun lalu membuahkan hasil yang bersejarah apabila pelaburan dan kerjasama perdagangan yang dimeterai antara syarikat-syarikat Malaysia dan China mencapai angka RM144 bilion.

Antara yang dimeterai sempena lawatan itu ialah kerjasama dalam pelbagai bidang, antaranya projek Gateway Melaka, Bandar Malaysia, Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), pembangunan taman perindustrian di Kuantan, pemberian lesen kepada China Construction Bank, dan memorandum persefahaman melibatkan syarikat teknologi Alibaba Group dari China.

Perdana Menteri China, Li Keqiang turut bersetuju untuk negara itu membeli lebih banyak minyak kelapa sawit dari Malaysia.

Siapa yang akan menerima impaknya? sudah tentu negara dan kira-kira 500,000 pekebun kecil yang bergantung kepada sumber pendapatan minyak sawit.

Itu baharu membabitkan FDI daripada negara China, begitu jugalah jika dengan negara lain sekalipun. Soal kedaulatan negara pasti diutamakan kerajaan.

Pelaburan tetap pelaburan dan impaknya pasti positif untuk kepentingan negara dan keutamaan rakyat.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts