Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

by Oh! Semput


5
SHARES
61
VIEWS
Posted on 28 Jul 2026 13:31:51


MARAN: Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Temerloh, berhampiran Kampung Paya Pasir, di sini, awal pagi hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 6.02 pagi dan kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 5.40 pagi.

Beliau berkata, kemalangan membabitkan sebuah kereta yang dinaiki dua wanita dan sebuah MPV yang dinaiki tiga lelaki.

"Kereta itu dalam perjalanan dari arah Temerloh ke Maran, manakala MPV dari arah bertentangan.

Kedua-dua kenderaan dipercayai bertembung, menyebabkan pemandu dan penumpang kereta serta seorang penumpang MPV maut di tempat kejadian.

"Kemalangan itu turut mengakibatkan pemandu dan seorang lagi penumpang MPV cedera," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Salahuddin berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

"Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati tiga mangsa tersepit di dalam kedua-dua kenderaan terbabit.

"Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan menggunakan peralatan khas menyelamat sebelum semua mangsa berjaya dibawa keluar," katanya.

Beliau berkata, identiti semua mangsa yang maut masih belum dikenal pasti.

"Semua mayat dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, untuk proses bedah siasat," katanya. #beritaharian 

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts