Anda ingin Membantu Mereka Yang Memerlukan? Carilah "Peti Sejuk Amal"

by Oh! Semput


2
SHARES
29
VIEWS
Posted on 09 May 2017 14:01:28


Dalam ekonomi dunia sekarang, tak semua orang mampu untuk makan makanan yang sedap seperti kita.
Disaat kita sedang menjamu selera, masyarakat gelandangan sedang kebuluran sedangkan berjuta makanan sedang dibazirkan setiap tahun.

Sudah bertahun lama berjuta manusia kebuluran, yang menggambarkan pembaziran tenaga kerja, air, serta tanah yang menghasilkan banyak makanan.

"Peti sejuk Masyarakat" yang diwujudkan di satu lokasi di London telah membuktikan komuniti gelandangan mampu diberi makan, disamping mengurangkan pembaziran.

Setiap negara memerlukan masyarakat seperti ini untuk mewujudkan masyarakat yang sifar kebuluran.
Konsep "Peti sejuk Masyarakat" ini adalah untuk membenarkan sesiapa sahaja menderma atau memberi makanan mahupun mengambil apa sahaja makanan yang mereka mahukan.

Selain membantu mereka tidak berkemampuan, ia turut mendidik kita untuk TIDAK membazirkan makanan.

Di Malaysia, aktiviti ini telah agak lama popular dan diamalkan di beberapa masjid, restoran dan universiti tempatan.
Ada yang menamakannya "Peti Sejuk Halal", "Peti Sejuk Pahala" , serta "Nanma Maram" di India yang membawa maksud pohon kebaikan.

Sebuah syarikat di Johor, telah meletakkan sebuah peti sejuk di depan kedainya dan menamakannya "Peti Sejuk Amal". Orang awam digalakkan untuk mendermakan makanan dan minuman untuk membantu sesiapa yang mempunyai masalah kewangan agar mendapat makanan dan minuman secara percuma.
Program yang dimulakan secara rasmi sejak Mac tahun ini, untuk menghentikan pembaziran makanan, dan pada masa yang sama membantu mereka yang memerlukan.

Di Kuantan pula, sebuah badan amal telah menubuhkan "Peti Sejuk Halal" di Masjid Negeri, Kuantan yang menyediakan makanan dan minuman percuma kepada masyarakat umum.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts