“Saya Dah Cut Off..” – Ingin Menghormati Rumah Tangga, Muaz Zabir Tidak Lagi Berhubung Dengan Bella Astillah

by Oh! Semput


6
SHARES
84
VIEWS
Posted on 20 Apr 2024 03:01:17

Susulan kontroversi ‘panas’ yang melanda aktor muda ini, Muaz Zabir berkata dirinya sudah tidak menjalinkan sebarang hubungan bersama pelakon dan penyanyi Bella Astillah.

Lama tidak berhubung

Menurut aktor berumur 27 tahun ini, kali terakhir dirinya dan Bella berhubung adalah ketika kontroversi berkait hubungan sulit mereka tular di media sosial. Malah, dia sudah tidak berhubung dengan keluarga dan sahabat rapat aktres tersebut.

Advertisement

Saya sudah lama tidak berhubung dengan dia (Bella) sejak isu ini timbul. Bukan hendak putuskan hubungan sebagai kawan, cuma saya perlu hormat rumah tangga orang.

 

Saya sudah cut off (dengan Bella). Ketika isu ini mula diperkatakan sahaja dia ada hubungi untuk berbincang, selepas itu, tiada.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Muaz zabir (@muaz.zabir)

Minta maaf sekali lagi

Dalam pada itu, Muaz turut mengaku kesalahan yang dibuat kerana telah masuk campur dalam urusan rumah tangga seseorang. Tambahan pula, dia turut berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan itu lagi.

Saya terkejut dengan apa yang terjadi, malah, langsung tak pernah terfikir. Saya tak boleh elak, tapi sedar ada kesalahan dilakukan.

 

Sekarang, saya sudah reda dengan apa yang terjadi. Ini berlaku tahun lalu, jadi saya memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Terdahulu, seorang individu tampil mendedahkan hubungan sulit antara Muaz dan Bella di media sosial. Namun begitu, Bella menafikan hubungan tersebut dan menjelaskan ia hanya lakonan untuk membuat suaminya, Aliff Aziz cemburu.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bella astillah
15 hours ago

"Saya Bukanlah Orang Baik, Tetapi Saya Tidak Munafik" - Bella Astillah Akui Tak Akan Pura-Pura Baik

“Saya Dah Cut Off..” – Ingin Menghormati Rumah Tangga, Muaz Zabir Tidak Lagi Berhubung Dengan Bella Astillah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts